Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Badan pencegah rasuah: Wang dalam akaun Najib dari penderma, bukan dari 1MDB

Aug 03, 2015 | 06:32 PM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata hasil siasatan mendapati dana RM2.6 bilion ($0.93 bilion) yang didakwa dimasukkan ke akaun milik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, adalah sumbangan penderma, bukannya dari dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


SPRM dalam kenyataan di sini hari ini berkata, laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion itu sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.


Namun, agensi itu berkata, siasatan berkenaan isu SRC International yang membabitkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM.


Mengikut SPRM, semasa Pasukan Petugas Khas ditubuhkan, siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri manakala Polis Diraja Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan 1MDB dan Bank Negara Malaysia pula menjalankan siasatan berkaitan dengan kaedah dan tatacara kewangan.


"SPRM sekali lagi memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh," kata agensi itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >