Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bahan kimia 'agen saraf VX' digunakan dalam pembunuhan Kim Jong Nam, menurut laporan awal

Feb 24, 2017 | 09:28 AM



KUALA LUMPUR - Polis Malaysia berkata bahan kimia yang digunakan dalam pembunuhan Kim Jong Nam telah dikenal pasti sebagai 'agen saraf VX'.



Bahan itu telah dikenal pasti dalam laporan awal yang dikeluarkan Jabatan Kimia, kata polis pada Jumaat (24 Feb).



Bahan agen VX adalah agen perang kimia buatan manusia dikelaskan sebagai agen saraf. Agen saraf adalah bahan paling beracun dan cepat bertindak di kalangan agen perang kimia yang dikenali, menurut laman web Pusat Kawalan dan Pencegahan (CDC) Penyakit Amerika Syarikat.



Orang ramai mungkin tidak tahu terdapat VX kerana ia tidak berbau dan tiada rasa, menurut laman itu.



Berbanding dengan agen saraf sarin, VX dikatakan lebih beracun dengan meresap melalui kulit. Ia lebih toksik melalui sedutan hidu, katanya.



Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia Isnin lalu selepas seorang wanita didakwa menyapu mukanya dengan bahan kimia beracun.



Dalam perkembangan lain, polis telah merampas beberapa bahan kimia dari sebuah kondominium di Jalan Klang Lama pada Rabu (22 Feb), menurut laporan.



Seorang lelaki Malaysia berusia 30-an membawa polis ke kondominium itu.



Peranannya dalam kes pembunuhan itu tidak jelas, tetapi difahamkan lelaki itu mungkin mempunyai hubungan dengan suspek yang ditahan.



Beberapa sarung tangan dan kasut turut dirampas dari situ.



"Polis tidak menolak kemungkinan lelaki Malaysia itu mempunyai kepakaran dalam bidang kimia," kata sumber berkenaan.



Lelaki itu dikatakan ditahan oleh polis di kondominium berdekatan yang lain, dan dia membawa mereka ke kondominium tempat bahan kimia itu ditemui.



Sebuah kereta bomba, dua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan sebuah kereta forensik polis dilihat di kondominium itu pada Khamis.



Sekitar 1:10 petang, kira-kira 10 anggota bomba keluar daripada bangunan itu dengan membawa pakaian hazmat dan tangki oksigen.



Beberapa pegawai forensik polis dilihat membawa peralatan ke blok kediaman.



Difahamkan pegawai forensik mengesan cap jari dari unit itu, yang dipercayai ditinggalkan dalam tergesa-gesa, dengan banyak barangan rumah yang ditinggalkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >