PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan cukai pendapatan peribadi dan korporat lebih rendah dan memperuntukkan lebih banyak dana bagi membantu rakyat menghadapi kos kehidupan lebih tinggi dalam Belanjawan Negara semalam.
Ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat'' di Dewan Rakyat, Datuk Seri Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 peratusan mata tahun depan.