KUALA LUMPUR: Walaupun berijazah dalam bidang perubatan Oktober tahun lalu, Encik Muhammad Faiz Hassan, 29 tahun, melakukan pelbagai kerja rencam dan terlibat dalam fotografi bagi menanggung dirinya.
Beliau adalah antara ratusan bakal doktor yang terpaksa mencari rezeki dalam bidang tidak berkaitan dengan jurusan perubatan, ekoran kes tertangguh selama dua tahun bagi penempatan latihan praktikal di hospital awam.