Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Balu ketua ISIS dituduh berkaitan kematian tebusan warga Amerika

Feb 10, 2016 | 10:05 AM



WASHINGTON: Balu ketua kewangan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), Abu Sayyaf, telah didakwa kerana peranannya dalam kematian seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat, Cik Kayla Mueller, tahun lepas.


Nisreen Assad Ibrahim Bahar, 25 tahun itu, yang juga dikenali sebagai Umm Sayyaf, dituduh berkomplot untuk memberi sokongan kepada pelampau ganas dengan menahan Cik Mueller dan tawanan lain di rumahnya, di mana beliau diserang secara seksual berulang kali oleh ketua ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi.


Bahar, yang kini ditahan di Iraq, didakwa pada Isnin (8 Feb) menyediakan sokongan penting bagi sebuah pertubuhan pengganas asing yang mengakibatkan kematian seseorang. Jika sabit kesalahan, dia menghadapi hukuman penjara seumur hidup.


Warga Iraq itu mengakui kepada Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika tahun lalu bahawa Baghdadi "memiliki" Cik Mueller, 26 tahun, yang diculik di bandar Aleppo di Syria pada Ogos 2013.


Dia menyifatkan "memiliki" sebagai setaraf dengan perhambaan, kata pendakwa raya persekutuan.


Cik Mueller dan "tawanan wanita lain digari, dikurung dalam bilik terkunci dan diberi perintah setiap hari mengenai kegiatan, pergerakan dan kebebasan mereka", menurut aduan yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika di Virginia.


"Semasa dalam kurungan, Kayla Jean Mueller didera secara seksual oleh Baghdadi, yang memaksanya melakukan hubungan seks dengannya," katanya.


"Defendan (Bahar) tahu bagaimana Cik Mueller dilayan oleh Baghdadi apabila Cik Mueller ditahan di luar kemahuannya di rumah defendan."


Aduan tersebut juga mendakwa Bahar memberitahu tawanan itu bahawa "dia akan bunuh mereka jika mereka tidak mendengar kata-katanya".


Bahar mengakui dia bertanggungjawab menahan para tawanan itu apabila suaminya keluar bagi urusan ISIS, dan Baghdadi serta ahli lain kumpulan itu akan tinggal di rumahnya pada masa-masa, menurut aduan itu.


ISIS mendakwa Cik Mueller terbunuh pada Februari 2015 dalam serangan udara pasukan perikatan, namun pegawai AS berkata belim jelas bagaimana beliau meninggal dunia.


Abu Sayyaf terbunuh Mei tahun lalu dalam satu serangan komando Amerika dalam peperangan di Syria.


Semasa operasi tersebut, tentera Amerika menangkap Bahar dan menyelamatkan seorang wanita muda daripada kaum minoriti Yazidi serta merampas banyak senjata api.


"Kami menyokong penuh pendakwaan Iraq ke atas Bahar dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di sana untuk mengejar matlamat bersama kami membuat Bahar bertanggungjawab bagi jenayah itu," kata Penolong Peguam Negara Amerika, Encik John Carlin dalam satu kenyataan.


"Kami akan meneruskan keadilan bagi Kayla dan semua mangsa pengganasan Amerika." - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >