Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SERANGAN KE ATAS KAFE DI DHAKA

Bangladesh berkabung 2 hari selepas 20 tebusan terbunuh

PM Sheikh Hasina ikrar bertindak tegas basmi keganasan, rayu hentikan pembunuhan atas nama Islam
Jul 04, 2016 | 05:30 AM



DHAKA: Bangladesh berkabung selama dua hari mulai semalam menyusuli serangan pengganas ke atas sebuah kafe sesak dengan warga asing yang mengakibatkan 20 tebusan terkorban.



Perdana Menteri Sheikh Hasina mengisytiharkan tempoh berkabung itu sedang beliau berikrar bertindak tegas membasmi pengganasan.



Kumpulan militan ISIS mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.



Selain 20 mangsa, dua pegawai polis turut terkorban dalam kejadian itu.



Enam pengganas ditembak mati apabila pasukan komando Bangladesh menyerbu kafe namun seorang pengganas ditawan dan kini sedang disoal siasat oleh pihak risikan Bangladesh.



Pihak keselamatan berkata kebanyakan mangsa dipercayai ditetak dengan parang atau senjata tajam.



Pemerintah Cik Hasina dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen berkata:



"Islam agama damai. Hentikan pembunuhan atas nama agama. Hentikan perbuatan yang mencemarkan agama yang suci ini...



"Saya merayu kepada anda supaya kembali ke jalan yang benar dan memperjuangkan kebanggaan Islam."



Beliau menambah dalang di sebalik serangan itu sedang cuba memusnahkan Bangladesh, negara majoriti Muslim yang mempunyai sekitar 160 juta penduduk.



"Dengan mengancam orang awam yang tidak berdosa, mereka mahu menghancurkan negara kita," ujar beliau.



Bendera di bangunan pemerintah dan beberapa lokasi di Bangladesh dikibarkan setengah tiang.



Pemimpin dunia turut bersatu mengutuk serangan tersebut.



Antara yang melahirkan rasa marah ialah Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki Moon.



Beliau menegaskan tentang perlunya mempergiat usaha serantau dan antarabangsa demi mencegah dan memerangi pengganasan.



Sementara itu, pemerintah Italy semalam mengesahkan sembilan warganya terbunuh dalam kejadian di Dhaka itu.



"Pengganas mahu memporak perandakan kehidupan harian kita," kata Perdana Menteri Italy, Encik Matteo Renzi.



"Tanggungjawab kita adalah memberikan respons lebih bertenaga dengan mengesahkan nilai kita, nilai kebebasan yang kita banggakan yang lebih kuat daripada kebencian atau pengganasan," tambah beliau.



Tujuh warga Jepun turut terkorban dan Perdana Menteri Encik Shinzo Abe berkata beliau berasa "amat marah kerana orang yang tidak berdosa terbunuh dalam kejadian pengganasan yang kejam lagi jahat itu".



Pegawai Amerika Syarikat pula berkata seorang warganya terbunuh dalam serangan itu.



India turut mengesahkan bahawa seorang warganya yang berusia 19 tahun terkorban.



Saksi berkata kejadian tembakan berlaku apabila 100 komando melancarkan operasi, hampir 11 jam selepas serangan pengganas bermula pada 9.30 malam.



Seramai 13 tebusan berjaya diselamatkan dengan antaranya dikejarkan ke sebuah hospital tentera.



Serangan itu, yang sejauh ini merupakan kejadian paling dahsyat yang didakwa dilakukan ISIS, berlaku di sebuah kejiranan mewah Gulshan yang juga kediaman golongan elit negara itu. Ia juga merupakan lokasi sebilangan kedutaan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >