DHAKA: Pengawal pantai Bangladesh menyelamatkan sekurang-kurangnya 382 pelarian Rohingya `kelaparan’ yang menaiki sebuah bot besar di perairan negara itu, selepas hampir 2 bulan belayar di laut.
Jurucakap, Leftenan Shah Zia Rahman berkata, pengawal pantai yang melancarkan pencarian bot itu selama 3 hari berdasarkan maklumat diterima, berjaya mengesannya pada malam Rabu di luar pantai tenggara negara itu.
“Kami menyelamatkan sekurang-kurangnya 382 etnik Rohingya daripada kapal pukat tunda besar yang penuh sesak dan membawa mereka ke sebuah pantai berhampiran Teknaf. Mereka kelaparan,” kata Leftenan Shah kepada agensi berita AFP sambil menambah lebih 30 orang meninggal dunia dalam bot itu.
“Mereka belayar selama 58 hari dan 7 hari terakhir ia bergerak di perairan kami.”
Etnik Rohingya itu yang disangka dari kem pelarian di pantai tenggara Bangladesh, dalam perjalanan ke Malaysia, tetapi berpatah balik ke laut kerana rondaan pantai ketat dilaksanakan negara itu susulan pandemik koronavirus (COVID-19), lapor akhbar tempatan Dhaka Tribune.
Rahman berkata, pihak berkuasa akan menyiasat kemungkinan pelarian itu berasal dari negeri Rakhine di Myanmar, di mana mereka ialah minoriti Islam ditindas.
Mereka yang diselamatkan melaporkan “32 etnik Rohingya mati di atas kapal pukat tunda itu yang penuh sesak dan mayat mereka dibuang ke laut”, kata pegawai itu sambil menambah siasatan ke atas perkara itu sedang dijalankan.
Nilai seorang wanita sering terikat dengan identiti mereka sebagai ibu, anak atau pasangan sehingga identiti dan harga diri sendiri sering diketepikan demi kepentingan orang lain.
Dalam lagu Mahal
Dalam kelembutan, pedas betul sindiran Dalia Farhana terhadap si pihak yang berselingkuh dalam lagu terkininya, Curang.
Dari awal lagu ini, Dalia terus melafaz ketidakpuasannya dengan kata-kata manis
Mengenali tanda-tanda kesihatan mental dan cara mengatasi masalah kegelisahan dan kemurungan merupakan langkah penting bagi menjaga kesejahteraan warga emas.
Berikut adalah panduan ringkas untuk
Bermula dengan mengongsikan video ‘cover’ lagu nyanyiannya di media sosial secara spontan di cerita Instagram, Faiz Zikry Abdul Fattah atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Faiz Zikry, 24 tahun
Oleh Dr Nur Farhan Mohammad Alami
Ini kisah ‘Encik Ali’, seorang duda berusia 76 tahun. Beliau mempunyai tiga orang anak yang tinggal berdekatan. Beliau tinggal sendirian di flat tiga bilik HDB
Apabila ternampak tajuk lagu ini, penulis sudah bersiap sedia mendengarkan lagu berentak dangdut.
Terkejut juga apabila ia bukannya lagu dangdut, sebaliknya merupakan gabungan beberapa rentak dan gaya
Betapa kata-kata membuat kita rasa terpana atau khayal terbuai lena mengawang entah ke mana
Betapa kata-kata bagai mata panah tajam menusuk ke jiwa raga lalu menikam bagaikan kuku sang helang
MAAROF SALLEH
Syahrir dipinang menjadi calon pilihan raya.
Berita itu tidak mengejutkan dirinya. Demikian juga kepada beberapa kenalan yang rapat dengannya. Penyertaan seorang aktivis sepertinya dalam
Setiap kemunculan Hari Ibu, pelakon Siti Hajar Abdul Gani akan terkenangkan pengorbanan bukan satu, tetapi tiga ibu dalam kehidupannya – ibu kandung, ibu angkat dan ibu mentua.
Sewaktu kecil, beliau
Sejak dahulu pelancongan di Vietnam terkenal kerana pemandangan indah pantainya sepanjang 3,260 kilometer, sungai, reka bentuk pagoda dan bangunannya serta bandarnya yang sibuk.
Tidak hairanlah

“Kami sudah menutup tempat mereka mendarat. Kami tidak dapat menyoal siasat mereka kerana bimbang mereka dijangkiti coronavirus,” katanya.
Rakaman dimuat naik ke Facebook oleh seorang wartawan tempatan menunjukkan kebanyakan wanita dan kanak-kanak yang berdiri di pantai itu kurus kering.
Seorang pentadbir kerajaan tempatan memberitahu AFP, pegawainya masih menghitung jumlah Rohingya yang diselamatkan dan bimbang ia mungkin melebihi 400 orang.
Akhbar Dhaka Tribune melaporkan bot itu dipenuhi hampir 500 etnik Rohingya.
Hampir sejuta etnik Rohingya tinggal di kem sangat kotor berhampiran sempadan Bangladesh dan Myanmar, manakala ramai yang melarikan diri ke negara jiran selepas tindakan keras tentera bermula 2017.
Dengan sedikit peluang pekerjaan dan pendidikan di kem terbabit, ribuan Rohingya cuba melarikan diri ke negara lain seperti Malaysia dan Thailand.
Sejak akhir tahun lalu, agensi penguatkuasaan undang-undang Bangladesh menyelamatkan kira-kira 1,000 etnik Rohingya dari kampung pesisir pantai dan bot ketika mereka menunggu menaiki bot ke Malaysia. - BHM, AFP