Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bangladesh senarai 261 hilang, dibimbangi sertai IS

Jul 21, 2016 | 05:30 AM



DHAKA: Sekurang-kurangnya 261 orang di seluruh Bangladesh dilaporkan hilang, menimbulkan kebimbangan mereka telah meninggalkan negara itu bagi menyertai pergerakan militan Islam di Asia Barat.



Pasukan elit keselamatan negara itu, Rapid Action Battalion (RAB), menyiarkan senarai nama mereka yang hilang itu di Facebook tengah malam semalam dan meminta penduduk agar membuat aduan jika mengetahui di mana mereka berada.



"Kami perlu mencari mereka," kata jurucakap RAB, Mufti Mahmud Khan.



Pemerintah Bangladesh juga mengarahkan pegawai keselamatan mengemaskini senarai itu menyusuli dua serangan besar yang disyaki dilakukan militan Negara Islam (IS) menerusi dua suspek militan negara itu yang dilaporkan hilang sejak beberapa bulan lalu.



Encik Khan, bagaimanapun, enggan menjelaskan sama ada mereka yang disenaraikan itu sudah menyertai militan tempatan atau IS.



Awal bulan ini, anggota militan yang disyaki terdiri daripada rakyat setempat melakukan serangan sehingga 20 maut, termasuk 18 rakyat asing di sebuah kafe mewah di Dhaka. Kumpulan militan IS kemudian mengaku bertanggungjawab.



Serangan berdarah kali kedua ketika umat Islam menunaikan solat Aidilfitri baru-baru ini yang mengorbankan tiga orang.



Salah seorang daripada penyerang di sebuah bandar di utara Bangladesh itu turut terbunuh.



Polis dan keluarga suspek berkata, lima yang melakukan serangan di kafe dan sekurang-kurangnya dua penyerang ketika solat Aidilfitri didapati sudah menghilangkan diri sejak beberapa bulan lalu.



"Sekiranya ada ahli keluarga anda yang hilang, anda diminta memberitahu kami, jangan takut kerana pihak berkuasa tidak akan mengambil mereka daripada anda," kata Ketua RAB, Encik Benazir Ahmed.



"Nyawa mereka dan nyawa orang lain akan selamat sekiranya mereka ditemui."



Media tempatan melaporkan, berpuluh penduduk termasuk kalangan doktor, jurutera dan pelajar dari universiti elit pergi ke Asia Barat untuk menyertai IS.



Dalam salah satu kes, jurutera Najibullah Ansari hilang sejak setahun lalu apabila keluarganya membuat laporan kepada polis.



Menurut keluarganya, kali terakhir Ansari dihubungi oleh adik lelakinya pada Januari 2015 menerusi Facebook yang menyatakan dia sedang berperang bersama tentera jihad di Iraq.



"Saya berada di Iraq. Beritahu ayah dan emak supaya jangan bimbang mengenai saya. Saya datang sini untuk berjihad," katanya dalam paparan mesej yang disiarkan akhbar tempatan, Dhaka Tribune.



"Saya tidak akan kembali ke tanah air." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >