Bangladesh tangkap dalang utama penyeludupan manusia

DHAKA: Polis Bangladesh telah menangkap seorang dalang utama penyeludupan manusia dalam tindakan di tengah-tengah kebimbangan perbuatan menyeludup pelarian disambung semula setelah ia mencetuskan krisis pendatang asing di rantau ini awal tahun ini.

Seorang pegawai berkata pada Khamis (17 Sep) polis menangkap sekurang-kurangnya 20 penyeludup manusia sepanjang sebulan lalu, termasuk dalangnya, Asyraf Dil Mohammad, hujung minggu di bandar penyeludupan Teknaf yang bersempadan dengan Myanmar.

Inspektor Kabir Hossain di Teknaf berkata Asyraf, 45 tahu, ditangkap selepas dia tiba di Bangladesh dari Malaysia.

"Asyraf dikehendaki di Malaysia dan Thailand kerana menyeludup beratus-ratus warga Bangladesh miskin ke Malaysia dengan menggunakan bot usang di Teluk Bengal," katanya.

Bangladesh bertindak ke atas penyeludup pada Mei selepas orang-orang Rohingya mangsa penindasan di Myanmar dan pendatang ekonomi dari Bangladesh ditinggalkan di laut dalam perjalanan ke Asia Tenggara.

Satu tindakan keras oleh Thailand membawa kepada pendedahan rangkaian penyeludupan manusia yang menyaksikan ribuan terkandas di laut terbuka dan dibuang di kem-kem di dalam hutan.

Penyeludup Bangladesh yang menyembunyikan diri kini telah pulang ke kampung mereka memandangkan musim tengkujuh sudah berakhir.

Oleh kerana laut dijangka lebih tenang pada minggu-minggu mendatang, pakar-pakar berkata para penyeludup itu sedang menimbang memulakan semula pelayaran ke Thailand dan Malaysia.

"Secara beransur-ansur, penyeludup yang melarikan diri sudah pulang selepas tengkujuh berakhiar," kata Inspektor Kabir.

"Penyeludup telah mengumpul kekuatan untuk menyambung semula kegiatan mereka. Kami mempunyai laporan bahawa operasi akar umbi mereka telah aktif semula," kata seorang pakar penghijrahan, Encik Shakirul Islam. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.