Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir besar: Australia dijangka beri lebih banyak arahan pindah

Mar 24, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Pihak berkuasa Australia semalam memberi amaran lebih banyak arahan berpindah mungkin dikeluarkan sedang hujan tidak henti-henti melanda pantai timur negara itu, dengan beberapa wilayah di barat Sydney menghadapi banjir terburuk dalam setengah abad.



Hujan yang melanda New South Wales (NSW) itu sepanjang tiga hari lepas dijangka menjadi lebih lebat dalam masa 24 jam mendatang.



"Semalaman, malangnya, beberapa keadaan cuaca semakin buruk, dan ia mungkin bertambah buruk pada siang hari. Justeru, banyak masyarakat akan mengalami hujan lebih lebat," kata Ketua NSW Gladys Berejiklian kepada wartawan.



Cik Berejiklian berkata 15,000 lagi penduduk mungkin perlu dipindahkan segera setelah pihak berkuasa memindahkan seramai 18,000 ke zon selamat kelmarin.



Berikutan 38 kawasan bencana yang telah diisytiharkan di negeri itu, pihak berkuasa semalam menyifatkan 24 jam berikutnya sebagai "kritikal", sedang air bah yang deras melimpahi tebing sungai dan membanjiri rumah, ladang dan jambatan di seluruh negeri.



Walaupun sistem cuaca mungkin mula reda lewat hari ini, pegawai memberi amaran bahawa penduduk yang terjejas mungkin tidak dapat kembali ke rumah mereka dengan segera kerana hujan yang tidak henti-henti akan membanjiri kawasan tadahan sungai.



"Sebilangan anda mungkin tertanya-tanya mengapa anda tidak dapat pulang ke rumah sedang hari nampak cerah. Ini kerana keadaan tidak selamat untuk berbuat demikian," kata Cik Berejiklian.



Negeri berdekatan Queensland juga bersiap sedia untuk menghadapi hujan lebat di bahagian selatan negeri itu semalam. Sistem cuaca dijangka beralih ke selatan ke beberapa bahagian di Victoria dan Tasmania dalam beberapa hari mendatang.



Kira-kira 10 juta orang di semua negeri dan wilayah kecuali Barat Australia akan terjejas oleh cuaca itu, kata biro cuaca, dengan NSW dan Queensland dijangka paling teruk terjejas.



Dilaporkan kelmarin, ribuan penduduk diarahkan berpindah manakala lebih 200 sekolah ditutup berikutan banjir buruk di utara Sydney.



Hujan lebat sepanjang hari itu menyebabkan banjir semakin meluas di kawasan pesisir di negeri NSW itu yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.



Ia terjadi hanya setahun selepas kebakaran akibat perubahan iklim yang belum pernah berlaku sebelumnya di wilayah sama, diikuti kemarau berpanjangan yang menyaksikan Sydney memperkenalkan catuan air.



Di Lembah Hawkesbury-Nepean yang luas di Sydney, paras air sungai dijangka meningkat ke tahap yang tidak pernah dilihat sejak tahun 1961, selepas Empangan Warragamba, yang membekalkan sebahagian besar bekalan air bersih Sydney, melimpah Sabtu lalu.



Perkhidmatan Kecemasan Negeri menerima 8,700 panggilan bantuan sejak krisis bermula, dengan lebih 2,000 daripadanya dalam tempoh 24 jam terakhir, kata pegawai kepada Sky News Australia kelmarin. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >