KOTA BAHRU: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat semalam berbanding malam kelmarin.
Di Kelantan, jumlah mangsa di lapan daerah meningkat daripada 16,081 mangsa malam kelmarin kepada 20,468 orang pagi semalam dengan jumlah pusat pemindahan bertambah daripada 60 kepada 70.