Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir kilat Pakistan terburuk dialami negara itu abad ini

Sep 12, 2022 | 05:30 AM



ISLAMABAD: Pakistan kini sedang dilanda banjir terburuk yang pernah dialaminya pada abad ini.



Banjir kilat disebabkan hujan monsun yang tidak pernah berlaku sebelum ini, serta kejadian bencana alam lain seperti tebing sungai mengalir serta kecairan bongkah ais di pergunungan utara negara, telah merosakkan jalan raya, tanaman, infrastruktur dan jambatan.



Hampir satu pertiga negara itu berada di bawah air. Para saintis berkata beberapa faktor telah menyumbang kepada kejadian ekstrem itu.



Kejadian banjir kilat itu berlaku menyusuli suhu musim panas yang memecahkan rekod, dan kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyalahkan perubahan iklim sebagai punca utama cuaca ekstrem dan kemusnahan yang datang bersamanya.



Keadaan hujan monsun itu telah menjejas seramai 33 juta orang dan mengorbankan sekurang-kurangnya 1,400 orang, lapor agensi berita Reuters.



Tabung Bantuan Darurat Kanak-Kanak PBB (Unicef) menganggarkan lebih 450 kanak-kanak telah meninggal dunia, manakala 16 juta kanak-kanak telah terjejas dan 3.4 juta memerlukan bantuan kemanusiaan.



Ia menambah terdapat risiko berlakunya "lebih banyak" kematian kanak-kanak akibat penyakit daripada banjir yang berlaku.



Bencana itu telah menambahkan beban tambahan yang besar bagi ekonomi negara itu dan masih memerlukan bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meminta bantuan sekitar AS$160 juta ($225 juta) untuk membantu mangsa banjir.



Bantuan dari luar negara tiba, dengan penerbangan bantuan dari PBB dan negara-negara, termasuk Turkmenistan dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), tiba minggu lalu, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.



Singapura juga akan menyalurkan AS$50,000 ($69,700) sebagai modal permulaan untuk menyokong usaha mengumpul dana awam Palang Merah Singapura (SRC) untuk Pakistan.



SRC sebelum ini telah mengikrarkan $50,000 untuk menyokong keperluan segera komuniti terjejas di Pakistan, termasuk makanan, tempat perlindungan kecemasan, penyelesaian air dan sanitasi, serta barangan kebersihan.



Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dalam satu kenyataan berasingan semalam juga meminta sumbangan untuk menyokong mereka yang terjejas akibat banjir yang berterusan di Pakistan.




CARA UNTUK HULURKAN BANTUAN



■ PALANG MERAH SINGAPURA (SRC)



Tarikh pengumpulan dana: 29 Ogos hingga 30 November 2022



1) PayNow UEN: S86CC0370EGEN dengan rujukan 'Pakistan Monsoon Floods'



2) Derma menerusi cek dibayar kepada 'Singapore Red Cross Society', dan dihantar ke alamat Singapore Red Cross, 6 Fort Canning Rd, #02-01 YWCA, Singapura 179494. Lampirkan nama, alamat pos anda dan nyatakan 'Pakistan Monsoon Floods' di belakang cek anda.



■ YAYASAN RAHMATAN LIL ALAMIN (RLAF)



Tarikh pengumpulan dana: 31 Ogos hingga 14 September 2022



1) PayNow UEN: 200910530ZRLA dengan rujukan 'Pakistan Floods'.



2) Derma menerusi laman https://linktr.ee/rlaf atau https://www.giving.sg/rlafoundationsg/pakistanfloods




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >