Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir landa kawasan sekitar Gunung Kinabalu

Jun 16, 2015 | 11:29 AM



KOTA KINABALU: Belum dua minggu dilanda gempa bumi, Kundasang dekat sini terus ditimpa musibah apabila kawasan di sekitar Gunung Kinabalu dilanda banjir lumpur.


Banjir lumpur bermula 3 petang semalam itu berpunca daripada hujan lebat yang menenggelamkan beberapa batang sungai selain menjejas perkampungan penduduk dan sekolah di sekitar kaki Gunung Kinabalu.


Banjir lumpur yang turut menghanyutkan batang-batang pokok dan tanah itu dikatakan berlaku selepas struktur tanah di kawasan tersebut terjejas akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter 5 Jun lalu longgar, lapor akhbar Kosmo hari ini.


Dua buah kampung yang terjejas akibat banjir ialah Kampung Mesilau dan Kampung Kiau manakala antara sungai terlibat ialah Sungai Mesilau, Sungai Kadamaian dan Sungai Mantaki.


Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Balai Bomba dan Penyelamat negeri, Encik Mohd. Affendy K. Ramin berkata, banjir lumpur di Kampung Mesilau menyebabkan jambatan utama bagi laluan kenderaan menuju ke Pusat Latihan Dakwah Kundasang terputus.


Menurut beliau, keadaan air sungai yang deras dan berlumpur menyukarkan pasukan bomba menyeberangi kawasan itu untuk melakukan operasi memindahkan mangsa-mangsa banjir.


Difahamkan, pemantauan dan bantuan memindahkan penduduk ke kawasan selamat masih dijalankan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >