Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir lumpur di California: Harapan kian tipis selamatkan mangsa

Jan 13, 2018 | 05:35 PM



 





SEKURANG-KURANGNYA 18 nyawa disahkan terkorban dalam banjir lumpur di California, menurut pihak berkuasa yang mengaku peluang mencari mangsa yang masih hidup kian tipis.



Bercakap kepada BBC, pihak berkuasa berkata lima orang, berusia antara dua dengan 30 tahun, masih dipercayai hilang.



Antara yang maut ialah empat kanak-kanak, termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui terkujur kaku di sebelah ibunya.



Kawasan perumahan yang dikenal pasti untuk berpindah kini telah diperluas, sedang lebih 1,200 pekerja kecemasan meneruskan usaha mencari mangsa dalam lumpur yang sedalam hampir lima meter di beberapa bahagian.



Kenderaan tentera dan anjing memburu kini digunakan untuk membantu usaha menyelamat dan membersihkan kawasan bencana.



“Jendela bagi kami menemui mangsa yang terselemat kian tertutup, tetapi kami tetap optimistik,” kata jurucakap Jabatan Bomba Santa Barbara County Mike Eliason.



“Ada beberapa kes di mana mangsa yang terselamat ditemui selang seminggu bencana berlaku,” tambahnya.



Jumlah rasmi orang yang hilang masih belum dapat ditentukan, tetapi pihak berkuasa berkata angka ini akan terus turun naik. Khamis (11 Januari) lalu, pihak berkuasa menganggarkan berpuluh mangsa masih hilang, tetapi angka yang diramalkan itu telah dikurangkan pada masa ini.



Bekalan elektrik dan gas dijangka terputus pada 13 Januari.



Banjir lumpur ini bermula pada Selasa (9 Januari) selepas hujan turut buat kali pertama sejak kebakaran liar merebak di kawasan itu sejak Disember.



 



Selepas kebakaran liar berlaku, belukar yang terbakar dan tanah yang hangus bergabung untuk mencipta lapisan tanah yang kalis air di permukaan, dan mengadang air daripada diresap ke Bumi.



Keadaan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >