Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir teruk di Bangkok

Oct 14, 2017 | 06:20 PM



BANGKOK - Hujan lebat di Bangkok lewat tengah malam pada Jumaat (13 Okt) dan berterusan ke awal pagi Sabtu telah menyebabkan banjir di banyak jalan di ibu kota Thailand.



Pada sekitar 7.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi Singapura) pada Sabtu, Jabatan Saliran Pentadbiran Metropolitan Bangkok mengeluarkan rayuan di laman Facebooknya, menggesa penduduk Bangkok yang tidak urusan mendesak supaya berdiam di rumah kerana banyak jalan banjir, menurut akhbar The Nation.



Bangkok Post melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 55 jalan utama tenggelam berikutan hujan lebat pada awal Sabtu, dengan air yang berukuran 30cm hingga ke paras setinggi paha.



Kira-kira  separuh daripada kawasan banjir telah susut pada 9 pagi.



Hujan dijangka berterusan, dengan lebih banyak hujan dan ribut petir di 60 peratus kawasan  Bangkok dan daerah sekitarnya pada Sabtu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >