Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank Dunia rendahkan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia 2016

Jan 07, 2016 | 03:44 PM



WASHINGTON: Bank Dunia pada Rabu (6 Jun) merendahkan unjurannya bagi pertumbuhan ekonomi global tahun ini, sambil menyebut sebab pertumbuhan "mengecewakan" ekonomi pasaran baru muncul utama seperti China dan Brazil.


Bank itu mengurangkan unjurannya yang dibuat pada Jun sebanyak 0.4 mata peratus kepada 2.9 peratus, walaupun ia masih lebih tinggi daripada bagi 2015, yang sebanyak 2.4 peratus.


"Kelemahan serentak dalam kebanyakan pasaran baru muncul utama adalah satu kebimbangan bagi mencapai matlamat mengurangkan kemiskinan dan kemakmuran yang dikongsi kerana negara-negara ini telah memberi sumbangan kuat bagi pertumbuhan global untuk dekad lalu," kata Bank Dunia.


Di tengah-tengah peralihan ekonomi, China harus melihat pertumbuhan ekonominya perlahan kepada 6.7 peratus tahun ini, daripada 6.9 peratus pada 2015, katanya.


Unjuran itu 0.3 mata lebih rendah daripada enam bulan lalu dan akan menandakan prestasi lemah sejak 1990.


Semakan pertumbuhan Bank Dunia itu lebih drastik bagi ekonomi dua lagi pasaran baru muncul yang sudah pun mengalami kemelesetan: Brazil turun 3.6 mata kepada penguncupan 2.5 dan Russia turun 1.4 mata kepada penguncupan 0.7 peratus.


"Berbanding enam bulan lalu, risiko telah meningkat, terutamanya yang berkaitan dengan kemungkinan kelembapan tidak teratur dalam ekonomi baru muncul utama," kata ketua ahli ekonomi Bank Dunia, Kaushik Basu.


Negara membangun dijangka berkembang pada kadar 4.8 peratus tahun ini, 0.4 mata lebih lemah daripada anggaran sebelumnya, berkata bank itu dalam laporan Prospek Ekonomi Global.


Negara berpendapatan tinggi pada keseluruhannya menunjukkan prestasi lebih baik. Unjuran bagi pertumbuhan hasil dalam negara kasar (GDP) mereka diturunkan kepada 2.1 peratus, sebanyak 0.3 mata.


Unjuran bagi Amerika Syarikat dan zon euro, yang dianggotai 19 negara, direndahkan sebanyak 0.1 mata sahaja, masing-masing kepada 2.7 peratus dan 1.7 peratus. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >