Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank Negara perjelas ia ada kuasa ambil tindakan

Oct 20, 2015 | 01:11 PM



KUALA LUMPUR: Bank pusat Malaysia menjelaskan pada Isnin (19 Okt) ia mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan pematuhan, sambil berkata ia boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati tidak mematuhi undang-undang peraturan yang ditadbir bank itu.


Dalam satu kenyataan, Bank Negara Malaysia berkata ia telah diberi kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan, juga dikenali sebagai tindakan pentadbiran, ke atas pihak yang didapati telah melanggar atau tidak mematuhi aturan dan peraturan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan, lapor agensi berita Bernama.


"Tindakan ini boleh diambil serentak dengan, dan berasingan serta berbeza daripada, prosiding jenayah yang berada di bawah bidang kuasa tunggal Peguam Negara," katanya.


Tindakan sedemikian termasuk "pengenaan penalti kewangan, pengeluaran sesuatu perintah agar patuh, membuat restitusi kepada mana-mana orang terkilan akibat pelanggaran, celaan awam dan swasta dan perintah agar mengambil langkah-langkah bagi mengurangkan atau membetulkan pelanggaran", katanya.


"Ini bagi memastikan kewibawaan dan keyakinan, sistem kewangan."


Kenyataan tersebut dibuat seminggu selepas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mempertahan keputusannya hendak menutup siasatan bank itu ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan mengatakan tidak ada bukti pegawai syarikat pelaburan negara itu melanggar undang-undang dengan sengaja.


Bank pusat itu juga telah menggesa Peguam Negara supaya mendakwa 1MDB, kerana, menurutnya, ia telah mendapat permit membayar AS$1.83 bilion ($ 2.5 bilion) di luar negara berdasarkan pendedahan maklumat tidak tepat atau tidak lengkap, yang melanggar peraturan dalam negara.


Tan Sri Apandi telah menolak permintaan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >