Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank pusat lebih 40 negara naikkan kadar faedah

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Lebih 40 negara telah menaikkan kadar faedah sejak enam bulan lalu sedang bank pusat di Amerika Syarikat, England, India dan negara lain menaikkan kos pinjaman dengan harapan membendung kenaikan inflasi yang paling pesat dalam beberapa dekad.



Rizab Persekutuan (Fed) Amerika menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus Rabu lalu, diikuti oleh kebanyakan negara lain untuk mengekang inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang lembap.



Fed menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 75 mata asas, atau 0.75 peratus, dalam satu tindakan yang menyamai kenaikan paling agresif sejak 1994.



Kenaikan bank pusat itu akan meningkatkan kadar dana persekutuan penanda aras kepada antara 1.5 peratus dengan 1.75 peratus.



Hanya beberapa jam selepas tindakan Fed itu, Brazil, Arab Saudi, dan beberapa negara lain turut mengumumkan kenaikan kadar faedah.



Switzerland dan Britain menyusul kemudian.



Setakat ini, sekurang-kurangnya 45 negara telah menaikkan kadar faedah, menurut perangkaan FactSet.



Kadar faedah lebih tinggi menjadikan pinjaman lebih mahal, boleh membayangi permintaan pengguna dan peluasan perniagaan, dan seterusnya menyejukkan pertumbuhan ekonomi dan memperlahan pengambilan pekerja.



Kadar faedah lebih tinggi juga boleh menjejas pertumbuhan ekonomi dan terdapat risiko ia boleh menyebabkan kemelesetan.



Ketua Fed Jerome Powell berkata bank pusat itu mungkin menimbangkan satu lagi kenaikan besar pada mesyuarat seterusnya bulan depan, tetapi beliau juga berkata beliau tidak "menjangka pergerakan sebesar ini menjadi perkara biasa". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >