TEHERAN: Tunjuk perasaan baru meletus lewat malam semalam, sehari selepas 13 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh negara itu.
Seorang anggota polis maut ditembak dalam bantahan di Iran - kes pertama dilaporkan membabitkan pasukan keselamatan yang bergelut cuba mengawal kekacauan yang mencabar kepimpinan di negara itu.
Media tempatan melaporkan penunjuk perasaan yang bersenjata cuba merampas pangkalan polis dan tentera.
Anggota polis itu maut apabila penunjuk perasaan melepaskan tembakan di pusat bandar Najafabad yang turut mencederakan tiga anggota polis lain, menurut jurucakap polis Saeed Montazer al-Mahdi.
Sebelum ini media melaporkan lebih 400 orang ditahan.
Polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan bantahan kecil di Dataran Enghelab, Teheran, pada petang semalam, demikian menurut video media sosial yang tidak disahkan. - Agensi berita.