Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantahan ganas di Jakarta tentang Uber, Grab dan aplikasi serupa

Mar 23, 2016 | 07:33 AM



JAKARTA: Ribuan pemandu teksi dan pemandu bajaj roda tiga Indonesia yang marah membanjiri jalan di Jakarta pada Selasa (22 Mac) untuk menuntut pemerintah melarang perkhidmatan pengangkutan berasas aplikasi seperti Uber dan Grab, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk.



Sambil mengibar bendera Indonesia dan sepanduk besar, sekurang-kurangnya 12,000 pemandu daripada Persatuan Pemandu Pengangkutan Darat membantah dengan bisingnya di luar istana negara, Parlimen, dan Kementerian Penerangan dan Teknologi Komunikasi.



"Tutup aplikasi. Haramkan Uber, haramkan Grab. Mereka menyalahi undang-undang. Kami mahu keadilan," jerit mereka.



Adegan ganas ditayang di seluruh saluran berita tempatan, menunjukkan perusuh marah melempar batu ke arah pesaing mereka yang memakai pakaian seragam hijau terang dan melompat ke atas teksi rakan-rakan mereka yang enggan menyertai bantahan tersebut.



Gambar menunjukkan kenderaan rosak dan pemandu pesaing ditendang juga dikongsi di media sosial.



"Ini yang berlaku apabila anda main-main dengan kami. Kami membuat Jakarta lumpuh," kata seorang pemandu bajaj, Junata, 35 tahun, kepada akhbar The Straits Times.



Pergelutan dilihat tercetus antara pegawai polis dan penunjuk perasaan di jalan-jalan.



Jurucakap Polis Jakarta, Encik Muhammad Iqbal, berkata 83 orang ditahan untuk disoal siasat.



Ia keganasan terbaru dalam konflik berterusan antara pengusaha teksi tetap dan aplikasi pengangkutan, yang kian popular sejak dua tahun lalu, mencetuskan bantahan oleh pemandu teksi di negara seperti Perancis, Sepanyol dan Malaysia.



Di Singapura, pemandu kereta sewa private, seperti yang beroperasi di bawah Uber, tidak lama lagi mungkin dikehendaki mempunyai lesen vokasional, di bawah peraturan yang dijangka diumum bulan depan.



Di Jakarta pada Selasa, beberapa penunjuk perasaan berkata perkhidmatan berasas aplikasi itu melanggar undang-undang kerana mereka "mengelak cukai", dan menyebabkan pendapatan pemandu teksi biasa berkurangan sebanyak separuh.



Menteri Pengangkutan Ignasius Jonan November lalu mahu mengharamkan aplikasi sedemikian, termasuk aplikasi teksi motosikal Go-Jek dan GrabBike, tetapi ditolak oleh Presiden Joko Widodo.



Menteri Penyelaras bagi Keselamatan dan Hal Ehwal Politik, Encik Luhut Binsar Panjaitan, berkata pada Selasa bahawa Encik Joko "telah mengarahkan kami supaya menilai adakah asas undang-undang (bagi perkhidmatan aplikasi)".



Beliau berkata syarikat aplikasi perlu memohon lesen dan membayar cukai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >