Bantuan penting tangani Ebola telah tiba di Afrika Barat

BEKALAN penting dan sumber untuk tangani virus Ebola sudah mula tiba di ketiga-tiga negeri Afrika Barat yang paling teruk terjejas, kata Presiden Ghana, Encik John Mahama.

Menurut Encik Mahama ditukil BBC sebagai menyatakan, pusat rawatan telah didirikan di Guinea, Liberia dan Sierra Leone.

Namun, beliau yang mengetuai bloc serantau, Masyarakat Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (Ecowas), menyeru agensi-agensi untuk berkoordinasi dengan baik supaya mengelakkan duplikasi.

Wabak Ebola telah membunuh lebih 4,500 orang, hampir semua daripada mereka di tiga negara tersebut.

Kira-kira 70 peratus daripada mereka yang dijangkiti Ebola telah meninggal dunia.

Sementara itu, Nigeria telah diisytiharkan bebas daripada Ebola selepas enam minggu tanpa kes baru, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.

Minggu lalu, Senegal diisytiharkan bebas daripada virus tersebut.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengatakan salah seorang pekerjanya di Sierra Leone telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sekaligus menjadi mangsa PBB yang ketiga.

Kerajaan Sepanyol berkata seorang jururawat yang menjadi orang pertama untuk menghidap Ebola di luar Afrika Barat kini telah disahkan negatif menghidap virus itu.

World Street Journal melaporkan bahawa Doktor James Adama Sirleaf, anak kepada Presiden Liberia Cik Ellen Johnson Sirleaf, yang memutuskan untuk tinggal di Amerika Syarikat, berkata, bahawa dia boleh melakukan lebih banyak untuk negaranya di sana daripada di rumah.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.