Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banyak pelantar Amerika tutup, harga minyak meningkat

Oct 12, 2015 | 09:52 AM



HARGA minyak meningkat semasa dagangan awal Asia hari ini.


Ia berlaku selepas semakin banyak pengeluar minyak Amerika Syarikat mengurangkan operasi pelantar minyak mereka.


Pengeluar Amerika telah menghentikan operasi enam pelantar dalam minggu yang berakhir 9 Oktober lalu, menjadikan keseluruhan 605 pelantar cari gali yang ditutup, demikian menurut firma perkhidmatan minyak dan gas, Baker Hughes Inc.


Sejak setahun lalu, pengeluar Amerika secara purata telah menghentikan operasi 20 pelantar seminggu.


"Penurunan jumlah pelantar cari gali di Amerika telah membantu menyokong harga kontrak hadapan WTI (West Texas Intermediate)," kata firma itu.


Ia bagaimanapun masih "fokus kepada data dagangan China (yang akan dikeluarkan minggu ini) yang akan menunjukkan sama ada harga minyak rendah mendorong permintaan tinggi untuk minyak," kata ANZ bank pula.


Kontrak hadapan WTI diniagakan pada AS$49.79 ($69.80) setong, naik 16 sen manakala kontrak Brent naik 11 sen kepada AS$52.76 setong.


Harga minyak juga ditampung oleh penyusutan dolar Amerika kerana import jadi lebih murah bagi negara bukan pengguna dolar Amerika. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >