PUTRAJAYA: "Saya berharap anak saya dan menantu, Mohd Razahan Zamani, yang menaiki pesawat itu dalam keadaan selamat," kata Encik Hamid Ramlan (gambar atas), bapa penumpang pesawat MH370, Cik Norli Akmar.
Menurutnya, sesi taklimat bersama keluarga penumpang kelmarin kebanyakannya membabitkan perkara yang sudah didedahkan pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang.