Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Barisan Nasional lancar manifesto

Apr 07, 2018 | 11:12 PM



TIGA juta pekerjaan baru, menaikkan gaji minimum kepada sekurang-kurangnya RM1,500 ($509) dan menambah habuan bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada sehingga RM2,000.



Demikian antara janji pakatan parti pemerintah Malaysia, Barisan Nasional (BN), dalam manifesto pilihan rayanya yang didedahkan sebentar tadi (7 April) sedang ia bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, yang disifatkan sebagai bapa segala pilihan raya.



Bertemakan “Bersama BN Hebatkan Negaraku”, manifesto setebal 220 muka surat itu menggariskan 14 teras strategik dan 364 daya usaha.



Semasa mendedahkan manifesto itu di hadapan penyokong BN yang mengenakan pakaian berwarna biru di stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN memetik kata-kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan mengatakan bahawa sekiranya beliau mengupas daya usaha itu satu persatu, “sampai sesudah subuh pun, belum tentu kita dapat pulang”.



“PRU ini saya anggap sebagai penentu nasib dan hala tuju masa depan Malaysia serta anak cucu keturunan kita.



“Pucuk pangkalnya, saya dan rakan-rakan saya berikrar dan berjanji bahawa kita akan membangunkan negara ini dari Perlis Indera Kayangan sampai ke Sarawak Bumi Kenyalang, membawa ke Sabah (negeri) di Bawah Bayu agar tidak ada satu pun kawasan atau rakyat yang akan ketinggalan,” katanya.



Datuk Seri Najib turut menggariskan 14 teras strategik dalam manifesto BN termasuk janji mereka untuk memberi keutamaan kepada golongan ibu dan wanita; membina rumah dan kediaman yang sempurna, selesa dan mampu dimiliki rakyat; mencipta tiga juta pekerjaan dalam tempoh lima tahun mendatang; perbanyakkan lagi kemudahan dan peluang di Sabah dan Sarawak; menyediakan asas pengangkutan futuristik bagi hari muka; serta memperkasakan penggunaan teknologi digital.



BN turut berjanji akan menyediakan anak muda Malaysia yang berusia bawah 30 tahun dengan pekerjaan atau latihan bersesuaian untuk mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.



Kadar pengangguran belia di Malaysia kian mencapai lebih 10 peratus, sekitar tiga kali berbanding kadar pengangguran secara purata.



Sementara itu, Datuk Seri Najib juga menyifatkan manifesto pihak pembangkang, yang dilancarkan bulan lalu, sebagai formula bagi bencana.



“Sehingga kini, tak ada satu pun agensi penarafan yang telah beri pengiktirafan atau pujian kepada manifesto pembangkang,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >