JOHOR BARU: Johor akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat bas untuk menyediakan perkhidmatan bas ekspres bagi penduduk tempatan yang bekerja di Singapura, kata Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin.
"Dengan perkhidmatan itu, orang ramai tidak perlu memandu menyeberang Tambak Johor untuk bekerja. Dengan cara ini, mereka tidak perlu membayar tol," jelasnya lagi.