Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Batam hadapi penularan virus HIV/Aids

Jan 07, 2016 | 03:57 PM



BATAM (Indonesia): Pergaulan bebas dan mudahnya akses untuk mendapatkan khidmat pekerja seks komersial (PSK) di Batam membuat penyebaran penyakit HIV/Aids begitu cepat di kota itu, lapor akhbar Batam Pos hari ini.


Pada 2014 sahaja, Badan Kesihatan Kota Batam mencatat 639 orang yang mengidapi HIV/Aids dan jumlah itu meningkat kepada 885 orang pada 2015.


Ini menjadikan Batam sebagai kawasan yang menghadapi penularan virus HIV/Aids.


Perangkaan ini, menurut Batam Pos, hanya menggambarkan sejumlah kecil dari dari sekian banyak penderita HIV/Aids.


Ini memandangkan perangkaan yang didapatkan itu diperoleh hasil pemeriksaan ke rumah sakit atau tempat perlindungan yang menangangi HIV/Aids.


Dikhuathiri, penularan virus HIV/Aids akan pantas meningkat kerana ramai pengidap virus itu tidak menyedari mereka telah dijangkiti Aids, dan terus melakukan seks bebas, dan memburukkan lagi keadaan, ia boleh dijangkiti golongan surirumah apabila menjangkitinya daripada sang suami yang tidak mengetahui diri mereka telah dijangkiti.


Pada 2014, seramai 54 pesakit HIV/Aids dilaporkan telah meninggal dunia, dan jumlah itu meningkat kepada 81 orang tahun lalu.


"Makin meningkat tiap tahun. Perbandingan data 2014 dan 2015, korban yang meninggal naik sebanyak 27 orang," kata Ketua Ehwal Pencegahan Pengendalian Penyakit dan Kesihatan Masyarakat di Badan Kesihatan Batam, Cik Sri Rupiati, yang ditukil Batam Pos, semalam.


Menurut beliau, mereka yang meninggal dunia adalah golongan "ibu-ibu dan balita".


Balita adalah kanak-kanak di bawah usia lima tahun.


"Ini terjadi kerana ramai ibu-ibu hamil di Batam terjangkit diakibatkan perilaku suaminya yang suka "jajan"."


Menurut Cik Sri, si suami menularkan virus itu, yang didapatnya setelah berhubungan dengan.


Sang isteri tidak tahu perilaku suaminya itu, sehingga anak yang dikandungnya juga ikut terjangkit.


Biasanya ibu hamil tersebut baru tahu dirinya terjangkit, saat melakukan pemeriksaan kehamilan di rumah sakit dan di pusat kesihatan masyarakat (Puskesmas).


"Ini adalah salah satu kebijakan kami, agar anak-anak yang dikandung tak terjangkit. Saat ibu hamil melakukan pengecekan kehamilan, kami berkoordinasi dengan rumah sakit dan puskesmas agar dilakukan juga pengecakan HIV/AIDS," ujarnya.


Menurut Cik Sri lagi, ada tiga daerah yang dicatatkan memiliki penderita HIV/AIDS yang cukup tinggi. "Lubukbaja, Sagulung, dan Batuaji. Paling rendah itu Bulang dan Galang," tuturnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >