Bawa harapan dan rawatan untuk si miskin sedunia

Dianggarkan satu bilion penduduk dunia tidak mempunyai keupayaan mendapat penjagaan asas kesihatan. Mereka berhadapan dengan penyakit dan kecederaan yang boleh dicegah serta dirawat. Penyakit dan kecederaan yang diabaikan boleh membawa padah, malah sakit gigi yang tidak dirawat pon boleh mengancam nyawa. Kapal hospital terbesar di dunia bukan pemerintah, Africa Mercy, telah lebih 38 tahun belayar membawa harapan dan memberi rawatan, keperluan asas kesihatan dan bimbingan kepada fakir miskin di negara termiskin di serata dunia. BERITA MINGGU dengan kerjasama pentadbiran Mercy Ships membawa cerita-cerita harapan itu.

TERSELAMAT daripada kemusnahan taufan tropika dan menyaksikan kesan penderitaan ditinggalkan oleh keganasan taufan itu mencetus azam bagi Encik Don Stephens mahu menubuhkan sebuah kapal hospital.

Pada 1964, Encik Stephens, 19 tahun, telah melawat Bahamas sebagai sebahagian daripada kumpulan belia apabila taufan Cleo melanda rantau itu. Kumpulan belia Encik Stephens terselamat kerana berlindung di sebuah hangar kapal terbang, tetapi kumpulan lain tidak begitu bernasib baik. Taufan Cleo meragut ramai nyawa dan memusnahkan ratusan rumah.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.