LOS ANGELES: Senat California telah meluluskan undang-undang antirokok yang menaikkan umur minimum membeli rokok dan produk tembakau lain daripada 18 kepada 21 tahun selain menyelia penggunaan e-rokok.
Digambarkan ketua Senat, Encik Kevin De Leon, sebagai "pakej perundangan mengawal tembakau paling meluas dalam masa sedekad", langkah itu menjadi sebahagian rangkuman enam rang yang diberi lampu hijau oleh ahli perundangan.