ALOR GAJAH: Seorang kanak- kanak berusia setahun lapan bulan maut di pangkuan bapanya selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 201.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang kelmarin, Perodua Viva dipandu Encik Shamsul Azwan Abu Bakar, 29 tahun, bersama isteri, Cik Norhayati Mat Isa, 30 tahun, dan anak mereka, Muhamad Anas Nazhan, dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh ke Kuala Lumpur.