Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayi maut tercampak dari tangan ibu yang tersandung di eskalator di Uzbekistan

Feb 01, 2017 | 03:22 PM



ANDIJAN: Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia setelah jatuh 12 meter ke bawah di pusat beli-belah O'zbegim di Uzbekistan, apabila seorang ibu muda tersandung baju panjangnya semasa di eskalator.



Rakaman dari kamera keselamatan yang tersebar dalam talian menunjukkan wanita itu turun menggunakan eskalator dari tingkat empat sambil mendukung seorang bayi di tangan kanannya.



Beliau memegang seorang kanak-kanak lebih tua dengan tangan kirinya.



Pakaian wanita itu kemudian kelihatan tersangkut, menyebabkan beliau tersandung dan bayi itu tercampak dari tangan beliau.



Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa petugas kecemasan bergegas ke tempat kejadian tetapi tidak dapat menyelamatkan bayi itu.



Tidak jelas bila kejadian menyedihkan itu berlaku, dan sama ada bayi tersebut lelaki atau perempuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >