KUALA BERANG: Seorang bayi berusia setahun setengah tercampak ke jalan raya daripada kereta ibunya, tetapi berjaya diselamatkan seorang saksi dalam satu nahas yang berlaku di Kilometer 9 Jalan Ajil-Kuala Berang, di Kuala Berang, Terengganu, kelmarin.
"Walaupun menggeletar kerana pertama kali melihat kemalangan di depan mata, saya gagahkan diri mengangkat seorang bayi lelaki yang tertiarap di atas jalan setelah tercampak keluar daripada kereta kerana khuatir dia dilanggar kenderaan lain," kata Cik Sabariah Mansor, 49 tahun, seorang saksi kemalangan itu, kepada akhbar Sinar Harian.