Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa mangsa dilaporkan mati dalam letupan di Jakarta

Jan 14, 2016 | 02:12 PM



JAKARTA: Sekurang-kurangnya 4 mangsa terkorban apabila beberapa letupan meletus di ibu kota Indonesia, Jakarta, sekitar 10.30 pagi hari ini (Januari 14).


Tiga mayat dilihat terbaring di salah satu jalan raya utama di bandar itu selepas letupan tersebut.


Beberapa letupan telah berlaku dan kejadian tembak menembak meletus dengan polis berkata mereka mengesyaki seorang pengebom nekad bertanggungjawab di atas sekurang-kurangnya satu letupan.


Salah satu letupan itu berlaku di sebuah kafe Starbucks dengan pasukan keselamatan kemudiannya dilihat memasuki bangunan tersebut.


"Tingkap Starbucks berkecai. Saya melihat tiga orang mati di jalan raya. Kejadian tembak menembak telah reda tetapi ada seseorang di atas bumbung dan polis sedang menyasarkan senjata mereka kepada beliau," kata seorang jurugambar Reuters.


Menurut laporan rasmi polis Jakarta, salah satu letupan berlaku di hadapan pusat beli belah Sarinah, di ruang bandar utamanya.


Indonesia mula berjaga-jaga sejak beberapa minggu kebelakangan ini tentang bahaya militan Islam.


Bahkan, polis yang memerangi pengganasan telah melancarkan tindakan keras ke atas mereka yang disyaki mempunyai hubungan dengan IS. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >