Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beijing dakwa dapat sokongan meluas berhubung pendirian berkaitan kes Laut China Selatan

May 12, 2016 | 03:00 PM



BEIJING: China mendapat sokongan meluas daripada masyarakat antarabangsa berhubung keputusannya tidak mahu terlibat dalam kes undang-undang yang diambil Filipina terhadap tuntutan Beijing di Laut China Selatan, seorang diplomat kanannya berkata pada Khamis (12 Mei).



Beijing telah meningkatkan retoriknya menjelang keputusan yang dijangka dalam beberapa minggu ini daripada Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague mengenai kes Filipina itu.



Beijing berkata ia berhak sepenuhnya untuk tidak mengambil bahagian dalam apa yang ia melihatnya sebagai timbang tara yang dipaksakan, dan berkata Filipina menggunakan kes itu untuk meremehkan secara langsung kedaulatan China.



Pada Februari, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) berkata China perlu menghormati keputusan itu. Mahkamah tersebut tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan dan keputusanya pernah diabai sebelum ini.



Encik Xu Hong, ketua pengarah Jabatan Perjanjian dan Undang-Undang, Kementerian Luar China berkata isu itu sedang digembar-gembur oleh orang yang tidak mempunyai pemahaman betul tentang undang-undang antarabangsa.



"Kita boleh melihat begitu banyak negara tempil melobi isu ini, tetapi tidak kira bagaimana kuat suara mereka, mereka masih mewakili minoriti negara di dunia," katanya dalam satu taklimat berita.



Kementerian itu mendakwa sejak beberapa minggu lalu bahawa China mendapat sokongan bagi pendiriannya berhubung Laut China Selatan dari pelbagai negara, seperti Kemboja dan Yaman.



China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan, yang kaya dengan tenaga dan dilalui perdagangan maritim bernilai AS$5 trilion ($6,8 trilion) setiap tahun. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >