Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beijing sahkan kes Zika pertama wanita balik dari Venezuela, Guangdong alami ke-12

May 16, 2016 | 11:39 AM



BEIJING: Pihak berkuasa Beijing berkata pada Ahad (15 Mei) bandar itu telah mempunyai kes import Zika pertamanya, manakala Guangdong melaporkan kes import ke-12 di wilayah selatan itu.



Pesakit di Beijing, seorang wanita berusia 29 tahun dari wilayah Shandong timur, menghadapi ruam kulit dan demam di Venezuela pada 11 Mei waktu tempatan dan kembali ke China pada 13 Mei waktu Beijing, umum suruhanjaya kesihatan dan perancangan keluarga di ibu negara itu dalam satu kenyataan.



Beliau disahkan positif virus Zika pada Ahad dan kini menerima rawatan di hospital.



Bagaimanapun, pakar daripada suruhanjaya itu berkata risiko penyakit tersebut merebak di Beijing adalah rendah.



Di Guangdong, suruhanjaya kesihatan dan perancangan keluarga wilayah itu berkata pada Ahad bahawa seorang lelaki berusia 37 tahun, seorang warga China yang tinggal di Venezuela, mengalami ruam kulit dan demam selepas kembali ke Enping City pada 28 April dan disahkan positif virus tersebut pada Sabtu.



Beliau kini diasingkan di hospital dan mendapat rawatan, kata pihak berkuasa.



Gejala Zika termasuk demam, sakit sendi, ruam, konjunktivitis, sakit kepala dan sakit otot. - Xinhua




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >