BEIJING: China tidak akan membenarkan tragedi Taiwan 'berpecah' dari tanah besar China berlaku lagi, menurut media pemerintah semalam yang memetik amaran keras Presiden Xi Jinping ke atas pulau itu terhadap sebarang usaha mencapai kemerdekaan.
China menganggap Taiwan, yang mahukan pemerintahan sendiri dan sistem demokratik, sebagai 'wilayah sesat' dan harus diletak di bawah penguasaannya, dengan kekerasan jika perlu.