WELLINGTON: Bekas atase tentera Malaysia di sini, Muhammad Rizalman Ismail, 38 tahun, tidak mengaku salah di mahkamah daerah Wellington pagi semalam atas tuduhan cuba melakukan pencabulan. Dia memohon agar dibicarakan oleh juri.
Muhammad Rizalman diekstradisi ke New Zealand bulan lalu selepas meninggalkan negara itu mengikut kekebalan diplomatik selepas dihadapkan ke mahkamah pada Mei lalu.