Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas bintang bola sepak Mesir diletak dalam senarai pengganas

Jan 18, 2017 | 12:51 PM



KAHERAH - Mahkamah Mesir telah menyertakan bekas bintang bola sepak Mohamed Aboutrika dalam senarai pengganas pihak berkuasa, kata peguamnya Selasa (17 Jan), berdasarkan syak wasangka beliau membiayai Ikhwan Muslimin yang diharamkan.



Pada 2015, sebuah jawatankuasa pemerintah membekukan aset bekas pemain kebangsaan dan Kelab Al-Ahly yang berpangkalan di Kaherah - dua tahun selepas beliau bersara.



Pemerintah menuduhnya membiayai Ikhwanul Muslimin, yang diklasifikasikan sebagai pertubuhan pengganas pada akhir 2013.



Menurut undang-undang antipengganasan yang dikenakan pada 2015 oleh Presiden Abdel Fattah al-Sisi, mereka yang dalam senarai pengganas negara itu tertakluk pada larangan kembara, dengan pasport dan aset mereka boleh disita.



Aboutrika, salah seorang pemain bola sepak Afrika paling berjaya dalam generasinya, telah menyokong secara terbuka hasrat pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi, menjadi presiden pada 2012.



Morsi kemudian menjadi presiden pertama yang dipilih secara demokrasi Mesir. Namun pihak tentera kemudian menggulingkannya setahun kemudian dan mengharamkan pergerakan itu.



Peguam Aboutrika, Mohamed Osman, berkata keputusan mahkamah itu "bertentangan dengan undang-undang" kerana pemain yang telah bersara itu "tidak pernah disabitkan atau diberitahu secara rasmi mengenai sebarang dakwaan terhadapnya".



"Kami akan merayu terhadap keputusan ini," katanya.



Pembekuan ke atas aset Aboutrika masih berkuatkuasa walaupun dua perintah mahkamah supaya ia ditarik balik, kata Osman.



Dalam temu bual dengan akhbar Al-Ahram pada Mei 2015, Aboutrika menafikan syarikatnya - atau rakan-rakan kongsinya - pernah membiayai gerakan Islam itu.



Sejak Morsi diguling dan tindakan terhadap Ikhwan diambil, ratusan meninggal dan ribuan mati dipenjarakan.



Aboutrika, kini 37 tahun, bersara pada 2013. Sejak itu beliau mengelak daripada melahirkan pandangan politiknya kepada umum. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >