Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas editor kumpulan New Straits Times Malaysia: Saya berhenti lepas selami jiwa sendiri berhubung skandal 1MDB

Jun 07, 2016 | 03:55 PM



BEKAS editor kumpulan di akhbar New Straits Times (NST) Malaysia, yang dikuasai Umno, secara terbuka menimbulkan persoalan tentang syarikat pelaburan kerajaan 1MDB yang dilanda skandal, dan berkata syarikat itu tidak mencapai misinya dan mewujudkan perkongsian dengan "beberapa watak tidak jujur".



Encik Mustapha Kamil juga berkata beliau berhenti daripada akhbar itu April lalu selepas menyelami jiwanya sendiri setelah akhbar Wall Street Journal yang berpangkalan di New York membongkar skandal 1MDB tahun lepas.



"Saya telah menimbangkan keadaan selama yang saya boleh tetapi apabila sebuah akhbar Amerika, yang beribu pejabat di suatu tempat di Lower Manhattan di New York, menulis cerita yang dicalonkan bagi Hadiah Pullitzer yang menjadi dambaan, mengenai satu isu yang berlaku betul-betul di depan mata saya, saya mula secara serius menyelami perasaan saya dan bertanya kepada diri sendiri pertama sekali mengapa saya dalam bidang kewartawanan," kata Encik Mutapha dalam surat terbuka yang disiarkan dalam akaun Facebook beliau pada 31 Mei.



Encik Mustapha mempersoal kewibawaan 1MDB dalam posting lain di Facebook beliau pada 31 Mei.



"Sebagai seorang wartawan yang bekerja (sekurang-kurangnya hingga minggu lalu)... Saya selalu sangsi mengenai penyataan misi sembarang institusi," katanya. "Contohnya penyataan misi 1MDB: 1) 1MDB berkata visinya ialah bertindak sebagai 'Pelaksana strategik bagi idea dan sumber pertumbuhan baru'. Nah... tolonglah, di mana idea-idea itu dan di mana sumber pertumbuhan baru.



"Kemudian ia berkata, misinya ialah 'memacu pembangunan ekonomi mampan dengan menjalin perkongsian strategik global dan menggalak FDI (pelaburan langsung asing) - OK, ia telah menjalin perkongsian dengan beberapa watak tidak jujur, tapi mereka beroperasi di peringkat global-lah Dan satu-satunya FDI yang datang nampaknya dari China yang menyelamatkan lehernya dengan membeli Edra Energy, membolehkan 1MDB membayar sebahagian daripada hutangnya. Dan jangan lupa mengenai memacu pembangunan ekonomi mampan. 1MDB sendiri tidak dapat bertahan.



"Dan selepas itu, menurut buku nota saya (saya masih menyimpan beberapa), Perdana Menteri Najib pada Januari 2010 memberitahu pegawai 1MDB supaya 'Jadi berani... untuk membuat penemuan baru dan melakukan sesuatu yang berbeza'. Oh ya sesungguhnya, 1MDB ini menjadi sebuah institusi hebat yang berani dan yang melakukan perkara dengan cara sangat berbeza, antara lain dengan meminjam 42 bilion terhadap modal sebanyak 1 juta. Anda tidak boleh jadi lebih berani daripada itu."



Dalam satu temu bual dengan WSJ, Encik Mustapha berkata kerajaan Datuk Seri Najib mengharamkan surat khabar yang ia kuasai - termasuk New Straits Times dan Berita Harian serta Utusan Malaysia, yang edarannya lebih besar - daripada membuat liputan mengenai 1MDB.



"Ada arahan khusus agar menggunakan cerita ini atau itu, dan kami tidak dibenarkan menyoal," katanya. "Sebelum 1MDB, terdapat lebih banyak kebebasan untuk kami melakukan kerja kami."



Datuk Seri Najib dan 1MDB tidak respons kepada soalan mengenai apakah kerajaan memberi tekanan ke atas media bagi liputan skandal itu, kata WSJ.



Encik Mustapha mengakui dalam satu wawancara bahawa NST, yang dikawal oleh Media Prima Bhd, sebuah syarikat milik Umno, sentiasa menghadapi beberapa sekatan ke atas kebebasan bersuara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >