Bekas ketua Umno, pembangkang bersatu tingkat tekanan terhadap Najib

SHAH ALAM: Pemimpin Umno yang diketepikan dan ahli politik pembangkang Malaysia duduk bersama-sama pada Ahad (27 Mac) dalam sebuah kongres dalam usaha meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; timbalan perdana menteri yang disingkir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan orang kuat pembangkang, Encik Lim Kit Siang, antara mereka yang berucap kepada kira-kira 2,000 hadirin dalam kongres di sebuah pusat konvensyen di ibu kota Selangor ini.

Kumpulan itu akan pergi seluruh Malaysia sehingga Jun untuk mengumpul tandatangan daripada pengundi, menggesa Datuk Seri Najib meletak jawatan, kata Encik Khairuddin Abu Hassan, bekas pemimpin bahagian Umno, yang dipetik oleh Bloomberg.

"Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Malaysia bergelut dengan skandal rasuah dan wang ke tahap begitu serius yang kita tidak pernah hadapi sebelum ini," kata bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Zaid Ibrahim, di perhimpunan tersebut.

"Kita malu dengan apa yang berlaku kepada negara ini sekarang. Kita tidak boleh bersabar lagi."

Datuk Seri Najib sedang menghadapi tekanan untuk meletak jawatan di tengah-tengah dakwaan penyelewengan kewangan kira-kira AS$700 juta ($961 juta) melibatkan syarikat kerajaan 1Malaysia Development Bhd.

Kongres itu dihadiri beberapa pemimpin Umno yang diketepikan dan ketua pembangkang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mesyuarat tersebut dipanggil sebagai Gerakan Selamatkan Malaysia.

Beberapa pemimpin pembangkang itu dipenjarakan apabila Dr Mahathir menjadi perdana selama 22 tahun hingga 2003, tetapi mereka berkata mereka telah mengetepikan perkara yang telah berlalu itu.

Dr Mahathir keluar daripada Umno bulan lalu dan kemudian menyertai pemberontak Umno, parti pembangkang dan aktivis masyarakat sivil memulakan kempen baru untuk memberi tekanan terhadap Datuk Seri Najib agar meletak jawatan.

Namun, kumpulan baru itu gagal membangkitkan keghairahan kebanyakan rakyat Malaysia sejauh ini.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.