Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERCUBAAN KUDETA DI TURKEY

Bekas panglima tentera udara nafi dalangi kudeta

Jeneral Ozturk serta 26 pegawai kanan lain didakwa lakukan pengkhianatan dan ditahan reman
Jul 20, 2016 | 05:30 AM



ANKARA: Bekas Panglima Tentera Udara Turkey, Jeneral Akin Ozturk, menafikan dia mendalangi cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera di Turkey Jumaat lalu.



Jeneral Ozturk dan 26 pegawai kanan lain didakwa melakukan pengkhianatan dan ditahan reman sejak kelmarin, kata agensi berita Anadolu.



Tetapi dalam satu kenyataan kepada pendakwa raya, bekas komander itu menegaskan: "Saya bukan orang yang merancang atau mengetuai rampasan kuasa."



Anadolu sebelum itu memetik Jeneral Ozturk sebagai memberitahu penyiasat bahawa dia telah "bertindak dengan niat merampas kuasa".



Pegawai Turkey telah menyalahkan perusuh hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 232 orang dan mencederakan 1,400 mangsa lain.



"Saya tidak tahu siapa yang rancang atau mengarahkannya. Menurut pengalaman saya, saya fikir (Gerakan Gulen) cuba melakukan rampasan kuasa ini," Jeneral Ozturk dipetik sebagai memberitahu pendakwa oleh Anadolu sebelum muncul di mahkamah di Ankara.



"Tetapi saya tidak boleh memberitahu siapa yang berada dalam angkatan tentera yang terlibat. Saya tidak mempunyai maklumat."



Kegagalan cubaan rampasan kuasa di Turkey dan tindakan tegas Presiden Recep Tayyip Erdogan ke atas perancangnya sebelum ini memburukkan hubungan antara Angkara dengan Washington.



Jalinan antara kededua negara itu sudah pun keruh berikutan perang di Syria dan isu hak kemanusiaan.



Walaupun kededua negara itu merupakan sekutu dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan rakan dalam memerangi militan Negara Islam (IS), Amerika Syarikat dan Turkey menyaksikan hubungan mereka menjadi dingin sejak beberapa bulan ini.



Kedua-dua negara tidak sependapat dengan cara memerangi ekstremis Islam dan berhubung tindakan pemerintah Presiden Erdogan yang dilihat Amerika sebagai bersifat kuku besi.



Setiausaha Negara Amerika, Encik John Kerry, menyatakan desakan tegas itu kelmarin.



Dengan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Encik Federica Mogherini, duduk di sebelahnya di Brussels, Encik Kerry menggesa pemerintah Encik Erdogan supaya menghormati institusi demokrasi negara itu dan peraturan undang-undang.



Ia adalah satu daripada banyak amaran yang dikeluarkan Washington kepada Presiden Erdogan mengenai keperluan mengekalkan kebebasan sivil.



Selepas kempen selama sebulan di Turkey terhadap wartawan dan penentang Presiden Erdogan, Presiden Barack Obama pada April lalu memberi amaran kepada pemimpin Turkey itu bahawa beliau membawa negaranya mengharungi "laluan bermasalah".



Kelmarin, selepas ribuan ditangkap di Turkey, Encik Kerry berkata Nato akan meneliti dengan berhati-hati apa yang berlaku dengan rasa hormat kepada demokrasi.



Sementara itu, Kementerian Kewangan Turkey menggantung kira-kira 1,500 kakitangannya di seluruh negara yang disyaki ada kaitan dengan ulama yang berpusat di Amerika, Fethullah Gulen, dan rangkaian penyokongnya, kata seorang pegawai kementerian semalam.



Ankara menuduh Gulen menjadi dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa yang gagal oleh tentera Jumaat lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 232 orang terbunuh.



Gulen menafikan tuduhan itu.



Pegawai itu berkata, penggantungan kakitangan pemerintah yang terlibat berkuat kuasa di semua jabatan dan seluruh negara.



Ia sejajar dengan gerakan 'pembersihan' meluas mereka yang disyaki penyokong Gulen dalam badan perundangan, perkhidmatan awam, polis dan tentera. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >