Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas pegawai UAE disiasat berkaitan wang 1MDB yang lesap

Aug 16, 2016 | 11:04 AM



GENEVA: Switzerland telah memulakan siasatan penipuan terhadap seorang bekas pegawai kewangan Abu Dhabi berkaitan komplot antarabangsa yang didakwa menggelapkan wang daripada firma pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Penyiasat Switzerland mengesyaki Encik Khadem Al Qubaisi, bekas ketua syarikat International Petroleum Investment Company (Ipic) milik kerajaan Amiriah Arab Bersatu, melakukan penipuan, pengubahan wang haram dan rasuah, lapor Financial Times pada Isnin (15 Ogos).



Ipic menandatangani perjanjian pertukaran hutang dengan 1MDB pada Mei tahun lalu, tetapi mendakwa 1MDB belum membayar apa yang seharusnya dibayarnya.



Siasatan penipuan itu menyusuli tindakan sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan semula aset yang dikatakan dibeli menggunakan wang 1MDB.



Penyiasat menganggarkan kira-kira AS$4 bilion ($5.4 bilion) lesap daripada 1MDB, yang lembaga penasihatnya pernah diketuai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.



Selain isu hutang dengan Ipic, 1MDB menghadapi beberapa siasatan berkaitan jumlah wang besar yang nampaknya disalurkan secara haram daripada syarikat itu melalui rangkaian global syarikat-syarikat kulit.



Encik Qubaisi dikatakan antara pengarah sebuah syarikat kulit itu, dan, didakwa DOJ menerima hampir AS$473 juta ke dalam akaun beliau pada 2012.



Ia juga mendakwa beliau menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk memperoleh hartanah di Amerika bernilai kira-kira AS$100 juta.



Encik Qubaisi berhenti mendadak daripada Ipic pada April tahun lalu dan di mana beliau berada dan statusnya sekarang menjadi tanda tanya sejak itu. Beliau disiasat di Abu Dhabi selama berbulan-bulan, lapor Financial Times, memetik sumber.



Peguamnya enggan mengulas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >