Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas pengganas Indonesia tolak IS, kembali taat kepada negara

Dec 30, 2015 | 05:37 PM



SEJUMLAH bekas pengganas Indonesia telah kembali melafazkan ikrar taat setia kepada pemerintah Indonesia, dalam usaha mengekang terorisme di negara itu.


Dalam laporannya hari ini, akhbar The Jakarta Post melaporkan, langkah yang diambil bekas pengganas ini adalah disebabkan keprihatinan mereka atas meningkatnya sokongan warga republik itu terhadap pergerakan Negara Islam (IS), yang dilaporkan telah menyalurkan wang kepada kumpulan-kumpulan di rantau ini.


Bekas pengganas, Imron Baihaqi, juga dikenali sebagai Abu Tholut, ditukil sebagai berkata beliau membenci IS dan tidak menghendaki apa-apapun atas sokongannya kepada pemerintah.


"Apa yang kita inginkan adalah Indonesia yang damai yang tidak dicemari oleh tindakan tidak berperikemanusiaan oleh IS," katanya seperti yang ditukil Antara, agensi berita Indonesia.


Beberapa lagi bekas pengganas telah mengumumkan sokongan mereka kepada pemerintah, terutamanya kepada Agensi Nasional Memerangi Terorisme (BNPT). Mereka termasuklah bekas eksekutif Jemaah Islamiyah (JI) Abdul Rahman Ayub; bekas panglima tentera JI, Nasir Abbas; bekas pengganas yang pernah dipenjarakan, Toni Togar dan Ghazali.


Tholut berkatam kehadiran IS telah menjadikan ancaman terorisme di Indonesia lebih sukar dijangkakan.


Sebelum ini, tindakan pengganasan didorong oleh penolakan Al Qaeda terhadap Amerika Syarikat, terutamanya berkaitan dasar-dasar yang dilakar berkaitan orang Islam menyusuli serangan 11 September 2001 di Amerika, katanya.


"(IS) tidak begitu mensasarkan Amerika sebagai satu keutamaan; malah orang awam boleh dipandang sebagai musuh atau kafir jika mereka berpegang kepada kepercayaan yang berbeza daripada pertubuhan ini. Lihat sahaja kejadian di Sudan, Iraq dan Paris sebagai contoh," kata bekas pengganas itu.


Tholut menambah, beliau berharap sokongan terhadap IS di Indonesia terus berkurangan dan tidak ada lagi Muslim Indonesia yang terpengaruh oleh propaganda atau ditarik kumpulan pengganas itu untuk menyertai mereka.


"Jika IS terus berkembang di Indonesia, ia akan mewujudkan satu konflik dalam masyarakat yang boleh menjejas negara. Kita mesti siap siaga dengan serta merta dalam menghadapi IS atau ia akan memasuki dan menjejas Indonesia," katanya.


Tholut telah dibebaskan secara parol pada Oktober lalu setelah dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Daerah Jakarta Barat pada Oktober 2011.


Beliau disabitkan kerana terlibat dalam latihan pengganasan ketenteraan di Aceh dan merompak sebuah bank di Medan, Sumatra Utara.


Pengerusi Pusat Analisa dan Laporan Transaksi Kewangan (PPATK), Encik Muhammad Yusuf berkata kelmarin, pejabatnya telah membekukan dana berjumlah Rp2 bilion ($204,880) dalam 26 akaun bank yang dimiliki pengganas yang disyaki dan juga pertubuhan yang disenaraikan sebagai pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Sebuah unit polis Indonesia yang memerangi pengganasan, Densus 88, telah memberkas 10 orang yang disyaki punya kaitan dengan kumpulan pengganas, hasil beberapa serbuan yang dilakukan awal tahun ini.


Ketua Polis Nasional Indonesia, Jenderal Badrodin, memberi amaran bahawa republik ini kini menghadapi ancaman pengganasan yang meningkat, dengan lebih 1,000 warga dikatakan telah menyertai IS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >