Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas perdana menteri Israel dipenjara 18 bulan kerana rasuah

Dec 30, 2015 | 06:09 PM



TEL AVIV (Israel): Bekas perdana menteri Israel, Ehud Olmert, yang hampir-hampir mengukir sejarah dalam menandatangani perjanjian damai dengan Palestin beberapa tahun lalu, bakal menjadi pemimpin Israel pertama yang disumbatkan ke penjara.


Ini selepas Mahkamah Tinggi semalam mengekalkan keputusan bersalah ke atasnya bagi satu kes rasuah.


Keputusan itu mengakhiri kemelut tujuh tahun yang benar-benar menjejas siri terakhir rundingan damai Israel-Palestin hingga membawa kepada pelantikan Encik Benjamin Netanyahu untuk memimpin Israel.


Bagaimanapun, nasib seakan menyebelahi Olmert kerana lima hakim yang bersidang telah menolak tuduhan paling serius ke atasnya dan mengurangkan tempoh hukuman penjara dari enam tahun yang dijatuhkan oleh mahkamah rendah pada tahun lalu kepada 18 bulan.


Olmert, 70 tahun, dijangka dibebaskan dari penjara pada 15 Februari depan.


Dia disabitkan dengan kesalahan berhubung satu perjanjian hartanah yang berlaku semasa menjadi datuk bandar Baitulmakdis, sebelum menjadi perdana menteri pada 2006.


"Sebongkah batu telah ditarik keluar dari hati saya. Saya telah menyatakan sebelum ini bahawa saya tidak pernah ditawarkan dan saya tidak pernah mengambil rasuah. Dan saya nyatakannya sekali lagi hari ini (semalam)," ujarnya.


Skandal rasuah ini telah menyebabkan Olmert dipaksa meletakkan jawatan pada awal 2009.


Dia menjadi sasaran golongan tegar Israel apabila mengambil pendekatan untuk berdamai dengan Palestin semasa menjadi timbalan perdana menteri sedekad lalu.


Dia juga memainkan peranan penting dalam pengunduran Israel dari Jaluran Gaza pada 2005.


Olmert menjadi perdana menteri pada Januari 2006 setelah perdana menteri ketika itu, Encik Ariel Sharon, mengalami serangan angin ahmar yang teruk - dan setelah itu memimpin dengan jayanya Parti Kadima yang baru dibentuk, memenangi pilihan raya parlimen, berlandaskan usaha damai dengan Palestin. - Agensi, BBC, Fox News, NYT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >