NEW DELHI: Presiden dan perdana menteri menyertai jutaan rakyat India memberikan penghormatan terakhir kepada Dr Abdul Kalam, "lelaki peluru berpandu", yang meninggal dunia kelmarin.
Pemerintah pusat turut mengumumkan hari berkabung secara rasmi selama tujuh hari dan semalam diisytiharkan sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyat negara ini memberikan penghormatan terakhir.