NUSA DUA (Bali, Indonesia): Bekas Speaker Parlimen Setya Novanto muncul sebagai Ketua Umum parti kedua terbesar di Indonesia, Parti Golkar, sedang ia cuba menyelesaikan pertikaian kepimpinan yang telah memecahbelahkan kepimpinan parti itu sejak lebih setahun.
Encik Setya dan Encik Ade Komarudin masing-masing meraih 177 dan 173 undi sewaktu pengundian pada awal pagi semalam. Ini bermakna kededua calon layak meneruskan pengundian pusingan kedua.