Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belanja persiapan Pilihan Raya Presiden Indonesia mencurigakan didedah

Berkaitan jumlah wang yang besar dan libatkan ribuan individu merentasi pelbagai parti politik
Dec 15, 2023 | 12:36 PM



JAKARTA: Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) mendedahkan terdapat lonjakan ketara dalam transaksi yang mencurigakan menjelang Pilihan Raya Presiden Indonesia dan perundangan akan datang.


Ketua PPATK, Encik Ivan Yustiavandana, memberitahu pemberita di Jakarta bahawa urus niaga yang meragukan yang dikesan itu, melibatkan jumlah yang besar hingga trilion rupiah, dan melibatkan beribu-ribu individu yang dikaitkan dengan “pelbagai sekutu politik”.

“PPATK telah mengenal pasti lonjakan besar dalam transaksi yang mencurigakan sebelum pilihan raya, menandakan peningkatan lebih 100 peratus dalam nilai tunai,” kata Encik Ivan, pada 14 Disember.

Namun, Encik Ivan menyatakan bahawa urus niaga yang dijalankan melalui akaun kempen politik yang didaftarkan secara rasmi, kekal tidak berubah tanpa memberikan butiran khusus.

“Kami telah memerhatikan penyelewengan yang menandakan kemungkinan pembayaran haram,” tambah Encik Ivan.

Agensi pencegahan pengubahan wang haram itu, telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu), mengenai penemuan itu.

“Kami sedang menunggu jawapan mereka. Ini berkaitan dengan jumlah wang yang besar dan melibatkan beribu-ribu individu merentasi pelbagai parti politik,” katanya.

Encik Ivan berkata PPATK telah membekukan hampir 750 akaun bank yang dikaitkan dengan transaksi berjumlah 850 bilion rupiah ($54.9 juta) yang dikaitkan dengan laman web perjudian dalam talian, antara awal 2022 dengan September 2023.

Menurut data PPATK, transaksi berkaitan perjudian dalam talian berjumlah 57 trilion rupiah ($3.7 bilion) pada 2021 dan melonjak kepada 69 trilion rupiah pada 2022, sebelum tindakan keras pemerintah terhadap laman web perjudian.

Semua bentuk perjudian dianggap sebagai kesalahan jenayah, di bawah sistem perundangan Indonesia.

Lebih-lebih lagi, agensi itu mendedahkan transaksi melibatkan syarikat pelaburan rekaan, berjumlah 35 trilion rupiah pada tahun sebelumnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >