Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belgium berkas 16 orang, suspek dalang serangan Paris masih bebas

Nov 23, 2015 | 09:31 AM



BRUSSELS: Polis Belgium menangkap 16 orang dalam satu siri serbuan di seluruh negara pada Ahad (22 Nov), tetapi suspek dalang serangan Paris, Salah Abdeslam, bukan seorang daripada mereka, kata pendakwa raya.


"Enam belas orang telah ditangkap" semasa 19 serbuan, dengan seorang cedera dalam perlanggaran dengan kenderaan polis, kata jurucakap pendakwa persekutuan, Encik Eric Van Der Sypt, dalam satu sidang akhbar.


"Salah Abdeslam tidak ditangkap semasa serbuan itu," katanya.


Tidak lama sebelum tengah malam waktu tempatan, penyiar awam mengumumkan beberapa tangkapan, sambil berkata operasi telah tamat dan datuk bandar sebuah kota kecil Brussels yang menjadi tumpuan gerakan memburu suspek utama dalam serangan Paris berkata tembak-menembak berlaku.


Pada petang sebelum itu, Perdana Menteri Charles Michel bekata, selepas satu mesyuarat para ketua keselamatan yang bertujuan menyemak status ancaman, bahawa pengangkutan metro, universiti dan sekolah di ibu negara itu akan ditutup pada Isnin (23 Nov).


Bagi bahagian lain negara itu, tahap ancaman kekal pada tahap peringkat tiga daripada sistem empat peringkat, kata Encik kata Michel.


Brussels kekal pada peringkat empat, bermakna serangan akan berlaku, sejak Sabtu lalu.


"Apa yang kami bimbang ialah serangan serupa di Paris, dengan beberapa orang mungkin melancarkan beberapa serangan pada masa sama di pelbagai lokasi," ujar Encik Michel.


Polis bersenjata melancarkan pencarian di beberapa kawasan di ibu negara pada petang Ahad dan mengepung kawasan berhampiran tarikan utama pelancong, Grand Place di sekitar dewan bandar.


Penyiar RTBF berkata terdapat juga serbuan berhampiran Liege di timur, Antwerp di utara dan Charleroi, selatan Brussels.


Helikopter kedengaran terbang di ibu negara itu.


Tempat yang mungkin dijadikan sasaran ialah pusat beli-belah, jalan raya pusat beli-belah dan pengangkutan awam, kata Encik Michel, sambil menambah bahawa pemerintah akan meningkatkan kehadiran polis dan tentera Brussels ke tahap lebih tinggi daripada sekarang.


Beliau berkata keadaan itu akan dinilai lagi pada Isnin petang dan segala-galanya sedang dilakukan untuk kembalikan keadaan normal di bandar itu secepat mungkin.


Belgium berada di tengah-tengah siasatan serangan Paris pada 13 November yang menyebabkan 130 orang mati selepas muncul hubungan antara suspek pengganas terlibat dengan Brussels.


Dua daripada pengebom Paris yang meletupkan diri mereka, Brahim Abdeslam dan Bilal Hadfi, tinggal di Belgium.


Salah, saudara Brahim yang berusis 26 tahun, pulang ke Brussels dari Paris sejurus selepas serangan tersebut.


Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Jan Jambon, berkata Salah bukanlah satu-satunya ancaman keselamatan. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >