Belum dapat disahkan MH370 dirampas

TEKA teki sama ada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah dirampas masih belum dapat dipastikan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyatakan beliau tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

Namun, siasatan kini ditumpukan semula kepada anak kapal dan penumpang pesawat yang hilang itu.

"Meskipun terdapat laporan media bahawa pesawat itu dirampas, saya ingin menjelaskan: kami sedang menyiasat semua kemungkinan ke atas sebab MH370 menyimpang dari laluan penerbangan asalnya," kata Datuk Najib di sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang, semalam.

Pesawat yang membawa 239 penumpang pelbagai negara itu, termasuk anak kapal, diputus hubungan semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.