Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belum perlu isytihar darurat di Thailand

Jan 07, 2014 | 05:02 PM



THAILAND: Ketua tentera Thai, Jeneral Prayuth Chan-ocha, hari ini berkata suasana bantahan di Bangkok ketika ini masih belum memerlukan satu perisytiharan keadaan darurat, demikian menurut laporan media Thailand.


Jeneral Prayuth dipetik oleh laporan dalam talian akhbar The Nation sebagai berkata bahawa suasana sekarang berbeza daripada bantahan gerakan "Baju Merah" yang berlaku pada 2010 kerana pada tahun itu beberapa siri insiden ganas telah berlaku sebelum satu dekri keadaan darurat diisytiharkan.


Menurutnya, suasana keganasan pada 2010 berterusan untuk berbulan-bulan lamanya tetapi perhimpunan tahun ini baru berjalan sejak dua bulan lalu.


Beliau, bagaimanapun, berkata kerajaan Thai harus memikul tanggung jawabnya jika keganasan berlakju semasa perhimpunan "Menutup Bangkok" yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), Isnin ini.


Sementara itu, pihak media setempat melaporkan bahawa ribuan pembantah antikerajaan buat kali kedua berarak masuk ke jalan raya Bangkok hari ini bagi mendapatkan sokongan bagi kempen mereka untuk menutup ibu kota Thai itu dalam usaha mereka menggulingkan kerajaan Perdana Menteri sementara Cik Yingluck Shinawatra. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >