ALOR SETAR (Kedah): Lebih 3,000 etnik Benggali Muslim dari Bangladesh 'menyamar' menjadi pelarian Rohingya bagi mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), sejak 10 tahun lalu lapor akhbar Sinar Harian hari ini.
Menurut Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Encik Mohd Noor Abu Bakar, etnik berkenaan yang tinggal di wilayah kejiranan Chittagong, di Bangladesh, yang bersempadan dengan Myanmar, menggunakan ciri-ciri rupa paras dan warna kulit serta bahasa yang hampir sama dengan etnik Rohingya bagi mendapatkan kad UNCHR.
Melalui cara itu, etnik Benggali Muslim ini didakwa berlatih menggunakan loghat Rohingya dan bersiap sedia dengan soalan-soalan yang akan diajukan penemuduga UNHCR, bagi mendapatkan kad UNHCR tersebut.
Malah mereka juga mendakwa berasal dari Maungdaw, sebuah kawasan di negeri Rakhine, Myanmar yang banyak diduduki oleh etnik Rohingya, katanya.
Katanya kad UNHCR tersebut 'laku' bagi tujuan mencari pekerjaan di Malaysia, yang dianggap mereka sebagai lubuk emas kerana kestabilan dasar dan peluang pekerjaan yang luas.
"Etnik ini (Benggali Muslim) yang duduk bersempadan dengan Myanmar, masuk ke negeri Rakhine dan kemudian menyertai etnik Rohingya untuk menaiki bot ke Malaysia. Sedangkan mereka bukanlah pelarian," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.
Sementara itu, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, jika benar dakwaan tersebut, Persatuan Rohingya perlu mengambil langkah segera dengan membantu UNCHR mengenal pasti etnik Rohingya yang sebenarnya.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

"Mereka (Persatuan Rohingya) perlu duduk berbincang dengan UNCHR dan maklumkan perkara ini kerana mereka lebih mengenali etnik Rohingya," katanya.
Ini kerana, katanya, dasar Malaysia menerima pelarian bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main, sebaliknya ia atas dasar perikemanusiaan.
"Jika tidak Malaysia tidak patut buka pintu kepada pelarian-pelarian yang mengambil kesempatan ini. Kita tidak mahu mereka mendatangkan masalah kepada negara," katanya.